Tab

Friday, March 19, 2010

Industri getah VS industri cendawan


Saya berpeluang melawat ladang getah yang diusahakan oleh salah seorang ahli keluarga. Nampaknya, pokok getah yang ditanam hidup dengan subur sekali. Namun satu hakikat yang perlu kita terima ialah, industri getah negara kita semakin lemah.

Tentu kita biasa mendengar kesusahan para penoreh getah, harga getah yang rendah, penebangan getah tua yang tidak diganti dengan anak getah, sebaliknya ladang getah menjadi ladang kelapa sawit dan pelbagai cerita lagi.

Kita pun maklum, industri penanaman cendawan perlukan habuk kayu getah. Di sesetengah tempat, habuk kayu getah semakin sukar diperolehi. kalau ada pun, masih tidak mencukupi. Jika perkara ini berterusan, dibimbangi industri penanaman cendawan juga akan terjejas.

Kini, sudah sampai masanya untuk mencari alternatif lain untuk menaman cendawan seperti menggunakan jerami padi, sisa pertanian seperti sayur-sayuran, sisa industri kelapa sawit dan sebagainya supaya industri penanaman cendawan terus berkembang maju.

0 comments:

Post a Comment