Tab

Monday, November 16, 2009

Bahaya ular di dalam bangsal cendawan

Ada juga saya dengar sahabat kita dipatuk ular di dalam bangsal cendawan dan pengsan. Akibatnya, trauma dan takut untuk masuk ke dalam bangsal.

Ada sedikit petua yang hendak saya kongsi untuk mengatasi masalah ini:

1. Beli Belerang (pasar atau kedai ubat tradisional cina). Belerang berwarna kekuningan seperti di bawah.



2. Sediakan plastik. Plastik cendawan pun boleh....


3. Masukkan sedikit Belerang ke dalam plastik. Belerang ni tahan lama.

4. Tebuk 2 atau 3 lubang di bahagian atas plastik supaya bau belerang boleh keluar.


5. Gantungkan plastik yang berisi belerang tadi di beberapa tempat di dalam bangsal. Jarakkan kira-kira 10 kaki di antara plastik belerang.


Alhamdulillah, setakat ni belum terjadi gangguan ular dan bau belerang juga tidak memberi kesan kepada pertumbuhan cendawan. Belerang juga boleh ditaburkan di sekeliling bangsal (luar) supaya bangsal lebih selamat.

Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment