Tab

Monday, October 26, 2009

Beberapa masalah bongkah 100% habuk recycle.


Setelah membuat beberapa pemerhatian, didapati bahawa terdapat beberapa masalah menggunakan habuk kayu 100% recycle.


Walaupun pada pusingan ke-1 dan ke-2 hasil tuaian menggalakkan namum pada pusingan seterusnya hasil tuaian merosot dengan drastik.





Pemerhatian yang saya lakukan adalah berdasarkan kepada 100 bongkah yang saya buat 100% menggunakan habuk kayu recycle. Antara masalahnya ialah (menuai pusingan ke-3):

1. Saiz cendawan agak kecil dan ringan.

2. Bentuk cendawan yang tak berapa sempurna.

3. Bongkah mudah diserang penyakit.

4. Jangkahayat bongkah yang singkat.

5. 70% bongkah tidak aktif mengeluarkan hasil pada pusingan ke-3.

Oleh itu, pada pendapat saya, adalah tidak produktif untuk membuat bongkah 100% habuk recycle.

100 bongkah lagi yang masih diperam menggunakan 50% habuk baru dan 50% habuk recycle. Hasilnya akan diketahui pada pertengahan bulan 12.

0 comments:

Post a Comment