Nak dijadikan cerita, mulanya saya pakai Celcom broadband. Oleh kerana line tak berapa clear dan agak slow, saya telah beralih pada Streamyx pekej Combo 1 Mb. Kira ok lah. Selang beberapa hari hujan lebat dan kilat berlaku. Tanpa diduga modem streamyx rosak disambar kilat. Network card pun hangus. Modem streamyx dan network card perlu diganti.
Sedar tak sedar dah dua bulan berlalu. Nilah cerita disebalik tabirnya....
Oklah. Perkembangan terkini SBK Mushroom, rak kosong dah hampir penuh. Tak lah banyak sangat. Lebih kurang 1500 bongkah je. kali ni saya buat sendiri.
Dah tak ada tempat. Jadi, kawasan suntik benih cover dengan canvas saja. Tak ada atap.
Ni bongkah yang terakhir. Yang lain dah masuk rumah peram.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Eruan (Agro Mesra Trading) kerana membekalkan semua bahan mentah dan peralatan yang diperlukan. InsyaAllah lain kali saya order lagi.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Eruan (Agro Mesra Trading) kerana membekalkan semua bahan mentah dan peralatan yang diperlukan. InsyaAllah lain kali saya order lagi.
Kepada semua pengunjung Blog SBK Mushroom, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment