Setelah menggunakan cuka kayu, memang terdapat perubahan pengeluaran hasil yang ketara.





Saya menggunakan nisbah campuran 1:200 (1 liter cuka kayu:200 liter air) atau 50 ml cuka kayu untuk 1 liter air untuk semburan pada mulut bongkah selepas menuai. (sebelum ditutup rehat).
Setelah mengamalkannya, saya dapati hasil pengeluaran miningkat kira-kira 5 - 10%.
Bangsal cendawan juga agak tercemar dengan Kulat Hijau. Banyak juga bongkah yang telah diserang dan tidak dapat diselamatkan.
Saya gunakan cuka kayu untuk membuat semburan pada dinding dan kawasan sekitar bangsal. Ada tanda serangan kulat hijau berkurangan.
Gambar di bawah ni bongkah kena jangkitan kritikal dan dibuat ujikaji. Sembur terus ke dalam bongkah untuk melihat keberkesanan cuka kayu (campuran 1 L cuka kayu:200L air). Pada hari yang ke 3 dan 4, inilah hasilnya. Kulat hijau beransur bertukar warna menjadi putih.
0 comments:
Post a Comment