Pada awal bulan Jun 09, saya (SBK Mushroom) berpeluang untuk melawat bangsal cendawan Sdr Eruan (Agro Mesra Trading). Tempatnya tidak berapa jauh dari Bandar Dungun, Terengganu.
Walaupun kunjungan saya agak singkat, banyak juga perkara berkaitan perusahaan cendawan yang dapat dikongsi bersama. Sebagai golongan senior di dalam industri ini, beliau banyak memberikan 'petua' dan idea yang berguna sebagai panduan.
Eruan (Agro Mesra) kiri dan Suhaimi (SBK Mushroom) kanan.
Bangsal Cendawan yang sedang beroperasi dan sebuah lagi dalam proses pembinaan.
Dinding bangsal cendawan dibuat dari papan. Kapasiti muatan mencapai 15 ribu bongkah.
Bongkah yang sedang ditutup rehat.

Rak bongkah cendawan matang yang bersedia untuk mengeluarkan hasil.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sdr Eruan kerana dapat memberi peluang untuk saya melihat sendiri bangsal cendawannya di samping idea-idea yang diberikan.
0 comments:
Post a Comment