Tab

Sunday, April 19, 2009

Pembesaran rumah cendawan.

Kerja-kerja membesarkan saiz rumah cendawan baru selesai. Kini boleh memuatkan 1000 beg cendawan berbanding 500 sahaja sebelum ini.

Spesis cendawan ni tunggu setahun pun tak reput. Tahan lasak dan tak berbangsal. Ni lah replika cendawan yang bakal diletakkan di hadapan rumah.




Beberapa beg cendawan yang tidak dapat diselamatkan akibat serangan kulat hijau. 'Mereka' ini terpaksa di'buang daerah' agak jauh sedikit supaya penyakit tidak berjangkit. Beg-beg cendawan ini masih mengeluarkan hasil walaupun sakit.





Ni pula beg cendawan yang terlambat mengeluarkan hasil. Yang lain sudah masuk pusingan kedua tetapi yang ni baru nak matang. sabor je lah. Yang penting engko kluor.




Bilik tuaian yang boleh menampung kira-kira 500 beg cendawan.




Bilik pemeraman ini juga dapat menampung sebanyak 500 beg cendawan.





Pandangan keseluruhan rumah cendawan dengan keluasan 8'X24'. Kawasan terhad, rumah cendawan pun terhad jugalah.



Pembangunan seterusnya akan dilakukan tidak lama lagi. Beberapa teknologi buatan sendiri akan diperkenalkan untuk memastikan kelembapan rumah cendawan. Tunggu kemunculannya...

0 comments:

Post a Comment