Tab

Thursday, March 19, 2009

Menambah Bongkah

Setelah mengumpul modal yang tak seberapa, maka siaplah rumah cendawan fasa pertama dengan keluasan 12'X 8' di belakang rumah. Keliling rumah cendawan telah dipasang jejaring hitam 2 lapis.



Dengan bantuan anak-anak jiran, operasi membuat bongkah dimulakan. Semua kerja dibuat dengan manual termasuk membancuh media dan packing.



Jumlah keseluruhan bongkah yang disiapkan ialah kira-kira 260 bongkah. Proses membuat bongkah tidak menggunakan sebarang campuran seperti EM atau Cuka Kayu. Ini kerana bahan tersebut agak sukar saya perolehi.



Suasana di dalam rumah cendawan pula, ada sedikit modifikasi. Dengan modal kurang RM 50, mesin menghasilkan kabus telah dipasang tetapi kadar pengeluaran kabus tidak mencukupi. Jadi, masih kena guna kaedah menyiram lantai untuk menyejukkan rumah cendawan.



Ini adalah sebahagian daripada penyakit yang ada. Setelah penelitian dibuat, penyakit ini mungkin berpunca daripada habuk kayu yang terendam di dalam air hingga ditumbuhi kulat parasit (hitam).

0 comments:

Post a Comment