Tab

Thursday, December 25, 2008

Kayu getah VS kayu biasa.

Masa kursus dengan Atiqah Trading di Behrang Stesen, Perak, habuk kayu biasa yang digunakan. Menurut Haji Johari-0193544888 (penganjur), habuk kayu biasa boleh digunakan juga sebagai media tetapi habuk kayu getah adalah yang terbaik.
Jadi, kalau sukar mendapatkan habuk kayu getah, jangan risau, gunalah habuk kayu biasa.

Ginilah rupa dalam rumah cendawan saya yang tak seberapa. Guna habuk kayu biasa. Penimbang adunan kuih pun jadilahh....


Thursday, December 18, 2008

Alat Memproses

Terima Kasih kepada Saudara Nizam (Cendawan Global) kerana membekalkan benih. Dekat-dekat nak raya Haji, benih pula habis. Saya tak pandai nak buat sub-sub tu. Habis benih, maka habis laa. Jadi kenalah dapatkan benih daripada kawa-kawan.

Ni bahan-bahan yang saya ada. Stok kapur pun dah nak habiss.... Penyiram bunga tu untuk sukat air semasa membancuh media.


Buat masa ni, saya gunakan tong drum untuk mengukus. Modal nipis. Setakat ni, satu drum sahaja saya gunakan. Saya beli drum ni dari kedai besi buruk. RM 23. Drum kosong tanpa penutup. Masa tu harga minyak tak naik lagi.



Di bawah ni penutupnya. Keratan 1/3 drum. Gunakan tiub tayar motosikal yang dibelah untuk menutup ruang percantuman antara drum dengan penutupnya. Drum ni boleh menampung kapasiti 80-90 beg bersaiz besar sket dan 120-127 beg bersaiz kecil. Plastik hitam kat belakang tu, habuk kayu. Tak ada tempat simpan tetap.


Membancuh media pun guna manual lagi. Terasa juga pinggang kalau bancuh 100 kg sehari secara solo. Lepas bancuh bagging pulak. Ini pun manual juga.


Tunggu bajet lebih sikit barulah dapat beli mixer. Buat masa ni, sabar je laa. Bancuh tetap bancuh.










Friday, December 12, 2008

Rumah Cendawan (Siap)


Gambar bangsal cendawan setelah siap separuh. Saiz keseluruhan ialah 8' X 24'.