Tab

Thursday, December 18, 2008

Alat Memproses

Terima Kasih kepada Saudara Nizam (Cendawan Global) kerana membekalkan benih. Dekat-dekat nak raya Haji, benih pula habis. Saya tak pandai nak buat sub-sub tu. Habis benih, maka habis laa. Jadi kenalah dapatkan benih daripada kawa-kawan.

Ni bahan-bahan yang saya ada. Stok kapur pun dah nak habiss.... Penyiram bunga tu untuk sukat air semasa membancuh media.


Buat masa ni, saya gunakan tong drum untuk mengukus. Modal nipis. Setakat ni, satu drum sahaja saya gunakan. Saya beli drum ni dari kedai besi buruk. RM 23. Drum kosong tanpa penutup. Masa tu harga minyak tak naik lagi.



Di bawah ni penutupnya. Keratan 1/3 drum. Gunakan tiub tayar motosikal yang dibelah untuk menutup ruang percantuman antara drum dengan penutupnya. Drum ni boleh menampung kapasiti 80-90 beg bersaiz besar sket dan 120-127 beg bersaiz kecil. Plastik hitam kat belakang tu, habuk kayu. Tak ada tempat simpan tetap.


Membancuh media pun guna manual lagi. Terasa juga pinggang kalau bancuh 100 kg sehari secara solo. Lepas bancuh bagging pulak. Ini pun manual juga.


Tunggu bajet lebih sikit barulah dapat beli mixer. Buat masa ni, sabar je laa. Bancuh tetap bancuh.










0 comments:

Post a Comment