Saya bekerja sebagai juruteknik. Jadi, menanam cendawan Tiram Kelabu ni merupakan satu bidang yang baru bagi saya.
Saya memang minat dalam bidang pertanian sejak dulu. Walaupun telah bekerja sebagai juruteknik dalam industri Minyak dan Gas, minat saya terhadap pertanian tetap ada.
Atas minat inilah yang menyebabkan saya telah melayari banyak laman web dan blog untuk mencari jenis pertanian yang diminati.
Akhirnya saya 'jatuh hati' dengan penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Saya melihat bahawa bidang ini amat berpotensi diusahakan secara commercial dan sudah pasti memberikan pulangan yang lumayan.
Saya mengucapkan syabas! kepada semua usahawan yang terlibat dalam industri penanaman cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu ini. Semoga semua usaha mencapai kejayaan.
0 comments:
Post a Comment